Kelas Tayangan Video Kesedaran & Program Pensijilan (NESDEG) Bersama Peserta Pemain e- Sukan (Mobile Legend)

21 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

20 Oktober 2024, Ahad - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Kelas Tayangan Video Kesedaran & Program Pensijilan (NESDEG). Kelas ini khusus untuk adik-adik yang menyertai pertandingan e-Sukan (Mobile Legend). Kelas ini telah dijalankan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki. Tayangan Video Kelas Kesedaran & Program Pensijilana ini dijalankan selama 1 jam 30 minit yang bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Kelas Kesedaran & Program Pensijilan ini menerangkan kepada peserta tentang garis panduan pembangunan sukan eletronik kebangsaan (NESDEG) dari Video TERAS 1 – TERAS 6.

Kemudian, membuat selingan video khas Klik Dengan Bijak dari Youtube iaitu Cybergrooming dan Cyberbullying. Mereka juga didedahkan dengan kuiz Kahoot iaitu mengenali bendera seluruh dunia. Dengan cara ini, secara tidak langsung boleh mendedahkan mereka dengan pembelajaran secara digital yang menyeronokkan.
Kelas diakhiri dengan sesi suai kenal antara pasukan yang akan bertarung dalam e-Sukan (Mobile Legend) nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas